Builder Toolkit
Apa ini
Builder Toolkit ialah lapisan rujukan untuk asas teknikal di bawah build anda: editor, Node, GitHub, deployment, secrets, domain, database, dan login.
Ia bukan course. Anda tidak perlu habiskan. Anda buka halaman yang anda perlukan, buat satu perkara yang diminta, kemudian sambung build.
Satu idea utama
KDBM Lite ajar anda kaedahnya. Builder Toolkit terangkan jentera yang kaedah itu berjalan di atasnya.
Kenapa penting
Selepas satu build berpandu, kebanyakan pelajar boleh ship sesuatu tetapi belum boleh cerita apa yang sebenarnya berlaku.
Anda taip npm install tanpa tahu apa yang di-download. Anda push ke GitHub tanpa tahu apa itu commit. Anda letak satu key dalam satu file dan tiada siapa terangkan kenapa file itu tidak boleh di-upload.
Jurang itu okay pada hari pertama. Ia jadi mahal pada hari ketiga puluh, bila deploy gagal dan setiap fix nampak macam teka.
Apa nak buat
Masuk di tempat anda tersekat
Anda tidak baca ini dari atas ke bawah. Cari situasi anda:
| Situasi anda | Mula di sini |
|---|---|
| Editor belum di-setup | Setup IDE |
Command macam npm install masih kabur | Node dan npm |
| Code hanya ada dalam laptop | Asas GitHub |
| Risau tersilap push benda peribadi | Gitignore dan Secrets |
| Nak project online | Asas Vercel |
| Jalan di laptop, rosak bila deploy | Environment Variables |
| Nak alamat web sendiri | Domain dan DNS |
| Nak share link kepada orang | Deployment QA |
| App perlu simpan data | Asas Supabase |
| App perlu user login | Asas OAuth |
Fahami tangganya
Halaman ini disusun ikut kebergantungan sebenar, bukan ikut abjad:
Editor → Node → GitHub → Secrets → Deploy → Env vars → Domain → QA → Database → LoginSetiap anak tangga andaikan yang sebelumnya. Anda perlukan editor sebelum npm bermakna, repository sebelum boleh deploy, dan deploy yang berjaya sebelum domain atau database berbaloi dicuba.
Buat sekarang
Baca tangga di atas dan sebut anak tangga tertinggi yang anda pernah buat sendiri, tanpa bantuan. Di situlah anda mula.
Check sendiri
Kalau ada benda rosak sekarang
Bahagian ini menerangkan dan setup. Ia tidak membaiki. Untuk build yang sedang gagal, pergi ke Troubleshooting dan kembali selepas itu.
Common mistakes
- Baca semua sepuluh halaman sebelum build apa-apa. Asas hanya melekat selepas anda kena masalahnya.
- Terus ke Supabase atau OAuth sebelum site biasa berjaya deploy.
- Anggap ini kerja rumah wajib. Ia kotak alat, bukan sukatan pelajaran.
- Cari fix di sini. Fix ada dalam Troubleshooting.
Next step
Mula di anak tangga paling bawah: Setup IDE.